Sunday, November 21, 2010

Walimatulurus Nurul Hidayah Adnan 19-21 Nov 2010

Syukur kpd Allah s.w.t krn dengan berkat dan rahmat NYA, telah berlangsungnya Majlis Raja Sehari bg Kekandaku Nurul Hidayah Adnan. Majlis yg di mulai dgn akad selepas waktu Asar di Masjid Jamek Kajang telah menyatukan hati dua insan yg sudah terikat lama. Alhamdulillah majlis akad nikah yg serba sederhana, telah belangsung dengan jayanya disamping mendapat sokongan dari saudara-mara dan sahabat terdekat. Alhamdulillah...

Majlis Akad Nikah 19th Nov 2010


Majlis persandingan telah berlangsung selama 2 hari dimana 20th Nov di sebelah perempuan, dan 21th Nov bg sebelah lelaki. Alhamdulillah, Majlis yg dihadiri oleh lebih 1000 tetamu telah berjalan dengan jayanya. Majlis yg di hiasi dengan gelak tawa para hadirin yg hadir telah memeriahkan lagi majlis yg berlangsung. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Shahrizal dan Nurul Hidayah, Semoga berbahagia hinggan ke akhir Hayat dan mendapat zuriat keturunan yg baik2... Insya'ALLAH... Hee
Majlis Persandingan Sebelah Perempuan di Dewan MPKJ 20th Nov 2010

Majlis Persandingan Sebelah Lelaki di Kediaman 21th Nov 2010


REUNION [Ex-SKK 94-99] '2010

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur kpd Allah s.w.t, kerana dipanjangkan umur utk bertemu semula dgn rakan2 sekolah rendah yg telah terpisah hampir 11 tahun lamanya.. Gembira betul ble dapat bertemu semula. Terima kasih di ucapkan kpd Amir, Linda, Liyana, n Ain krn berjaya mengumpulkan kami semua. Majlis secara sederhana yang dapat mengumpulkan lebih 50 orang Ex-SKK telah berlangsung pd 13hb Nov 2010 amat mengembirakan kami. Banyak betul kenangan kita bersama semasa zaman hingusan dahulu... Masing2 pon dh ada komitmen lain di samping ada juga yg masih belajar di dalam dan luar negara... Anyway, malam tu kami betul2 enjoy, siap ada karaoke lagi... Harap selepas ini, akan ada lagi majlis sebegini dan dapat mengumpulkan lebih ramai lagi rakan2 yg tidak dapat hadir bagi batch Ex-SKK 94-99... Insya'ALLAH... Hee


Sebahagian dari rakan2 yg hadir.
[Qayyum, Ikmal, Acap, Amir]

Dorang nie giler bergambar. maklum dpt jumpe kembali.. hee
[Iffah, Alin, Amir, Mirul, Ain, Linda, Anis, yan, Jarex]

Semoga, Rakan2 semua berjaya dalam karier masing2 n Harap kita dapat berjumpa lagi di lain waktu dan tempat. Semoga semuanya mendapat terpelihara dah diredhai Allah s.w.t. Insya'ALLAH...

Sunday, October 31, 2010

Annual Dinner 2010

Assalamualaikum...
Dah lama tak upadate Blog nie. Rindu pulak rasenyer.. Hee (^-^)
Semalam telah berlangsungnya Majlis Makan Malam di Sunway Resort Hotel. tahun ini bertemakan Hollywood Night. Tapi, Pakai biase2 pon Ok jer.. Hee.
Pelbagai juadah di hidangkan. Memang sampai buncit perot la nk makan semua...
Haha.. bukan ape, cuma rugi la kalau tak merasa.. sekali sekala.. hee.. Alhamdulillah, semua berjalan dengan sempurna, di mana semua yg hadir sama-sama gembira dan ketawa. Syukur, Alhamdulillah..




Sunday, September 19, 2010

Aidilfitri '2010

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya kepada semua. Maaf zahir & Batin...
Aidilfitri tahun ini, banyak kelainan berbanding tahun sebelum nie...
Macam2 yang telah terjadi sepanjang perayaan ini. Banyak perkara gembira berlaku.

Seperti biasa, raya pertama, mestila beraya bersama keluarga tercinta... Syukur, kami adik beradik berjaya untuk berkumpul bersama-sama. Memang seronok sangat. Hee..

Tema Family Kami Tahun ni Purple.


Raya tahun nie juga, banyak tempat kami melawat.., Raya kedua, aku dan sedara-mara telah pergi jalan2 di melaka. Meriah, Ramai pelawat disana... aku pon dah lama tak pergi kesana.. Seronok dapat berjalan dan bergambar disana.. hee..

Melawat Kota Melaka

Aktiviti biasa sepanjang tahun, melawat kerumah sanak saudara. Banyak rumah telah dilawati, tapi hanya dua pic dari dua buah rumah jer sempat saya upload.. hee. nie saat happening time raya.. Puas makan dan minum. Rasa, berat akan bertambah lagi... heee...


Beraya Bersama Saudara-mara.

Hari terahir beraya, aku sekeluarga telah membuat pengambaran photoshoot di Pullman Lake View Putrajaya. Seluruh ahli keluarga sama-sama ada bergembira.. Memang seronok sekali sekala meluangkan masa bersama. Lepas tu, kami pergi menjamu selera di restoran arab. "Restauran Saba" at cyberjaya.. 1 pinggann nasi kongsi 2 orang.. hahaa.. memang berbaloi.. huhuuu...

Photoshoot at Pullman Lake View.

Akhir kata, memang seronok berjalan raya. Mengeratkan silaturrahim bertambah bahagia. I love my family.. Ngee... =)

Saturday, August 28, 2010

PEMERGIAN SEORANG SAHABAT.

AL-FATIHAH...

Kepada, pembaca sekalian, seorang kawan saya telah pergi menghadap Yang Maha Pencipta pada Sabtu, 18 Ramadhan 1431H, jam 12 tgh hari... Kehilangan beliau amat dirasai oleh sahabat handai dan terutamanya Keluarga beliau. Lawatan terhadap keluarga beliau di sambut dengan linangan mata seorang ibu yang sebak dengan pemergian anak tersayang. Saya dan rakan2 yang bertemu dengan keluarga beliau banyak memberi kata semangat bagi membolehkan si Ibu tabah dan menerima ketentuan yang di gariskan oleh Ilahi. Setiap sesuatu yang diberi pasti akan diambil semula oleh-NYA. Diharapkan keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini. Insya'ALLAH...


Friday, August 27, 2010

KEMERDEKAAN


Apa itu PERJUANGAN?
Apa itu KEMENANGAN??
Apa itu PENAKLUKAN???
Apa itu PEMERINTAHAN????
APA ITU KEMERDEKAAN?????


Adakah kita benar2 memahami maksud kebebasan??? Bukan mudah utk menghayati dan merasai detik2 yang pernah dialalui oleh pejuang2 kemerdekan. Sejak dari tanah ini dijajah buat pertama kalinya.. Banyak mangsa yang tidak berdosa menjadi mangsa, banyak golongan yang kehilangan orang kesayanan mereka, ramai yang kerugian, ramai yang kehilangan maruah, ramai juga yang sanggup berpaling tadah. Ini semua adalah asam garam untuk mendapatkan sebuah "KEBEBASAN".. Namun apakah kita benar2 sudah bebas?? Renungkanlah generasi masakini yang semakin hanyut. Baik dengan perbuatan, pergaulan, penghidupan seharian, adakah kita dianggap bebas?? Dapatkah kita putuskan rantai yang mengikat kita tampa disedari??? Dapatkah kita larikan diri belenggu yang sudah sebati dalam kehidupan seharian kita??? Persoalannya, ADAKAH KITA MAMPU???

Gelisah Akan Sesuatu.

Entah, ape yang merungsingkan aku. Kadang kala aku rasa terkilan oleh sesuatu... walaupon bukan sesuatu yang serius, tapi ia cukup membuatkan hati ini terasa pedih... Sukar untuk memahami sesuatu yang jarang berlaku. Namun, aq masih terus berusaha, memperbaiki diri bagi menyesuaikan diri. Insya'Allah, semua akan baik seperti sedia kala. ^^;

Saturday, August 21, 2010

Pada-MU Kubersujud

Marilah kita sama-sama hayati lagu ini. Semoga kita sentiasa dipelihara. (^-^)




PadaMu Kubersujud

gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah

Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Reff:
Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud

Wednesday, August 18, 2010

KESEDIHAN DALAM RAMADHAN

Assalamualaikum...

Apa khabar, semoga anda dlm keadaan sihat sejahtera... Nitemare nk citer sikit pasal kejadian yg menimpa sahabat nitemare semasa sama2 belajar di PSIS dulu... Sekarang beliau dalam keadaan koma di Hospital Sg Buloh... Akibat dari dijangkiti virus yg masih lagi belum diketahui.. Doktor pon masih sukar untuk tentukan penyakit beliau. Nitemare melawat beliau minggu lepas, dan hampir bercucuran air mata nitemare melihat keadaan beliau. Ya ALLAH, Engkau ampunkanlah dosa-dosanya, dan ko pulihkanlah kesihatannya. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Mengetahui... Amin....

Sunday, August 15, 2010

Marilah Banyakkan Beribadah Sunat.

Sempena kita berada di bulan yg penuh dengan keistimewaan, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Insya'ALLAH, dengan izin dari-NYA, kita akan peroleh ketenangan jiwa, rohani dan jasmani. SubbahanALLAH.... (^-^) Marilah kita ikuti zikir d bawah ini.


Saturday, August 14, 2010

Qasidah Burdah nasheed




Alhamdulillah... syukur kepada Allah S.W.T, kerana memberi kesempatan kepada hamba-Nya melipat gandakan amalan pada bulan yg penuh dengan keberkatan yg mencurah-curah utk seluruh umat Rasulullah S.A.W. Marilah kita bersama, memanfaatkan bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Sama-sama kita hayati klip ini. Insya'Allah... (^_^)

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kembali, Mari Sama-Sama Tingkatkan Amal & Ibadah


Di sini bingung

Di sana bingung
Bila hidup tanpa pedoman
Bulan Ramadhan kita jadikan
tempat diri perteguh iman
tak lupa salahku mohon dimaafkan

Dari dulu ingin minta maaf padamu
Tapi diriku terlalu malu
Hari ini keberanikan diri memintamu
menjelang puasa kau berikan maafmu

Antara syurga dan neraka
Antara pahala dan dosa
Antara bahagia dan gelisah
Pilih yang pertama agar bahagia
Tak lupa puasa kala Ramadhan tiba
Maafkan segala dosaku sebelum puasa

Kalau maaf itu hujan
Aku adalah padi yang kekeringan
Kalau maafmu boleh kuminta
Curahkan padaku di bulan puasa

Takut dihina telah mencegahku
Memohon maaf atas kesalahanku
Bulan puasa yang penuh rahmat
mendorongku padamu meminta maaf

Andai masih takut kehujanan
Juga takut panasnya siang
Mengapa tidak takut balasan
bila puasa sengaja diabaikan

Siang diisi kebaikan
Malam belajar Al-Qur'an
Ramadhan jadi penerang
Hati yang mulai remang-remang

Biopori baiknya diisi
daun-daun dan sisa makanan
agar penghuninya rajin buat terowongan
cepat menyerap air di kala hujan
Ramadhan baiknya diisi
dengan berbuat kebajikan
agar hati kita semakin terang
semakin dekat pada Tuhan

Jus sawo lazat tidak terkira
apalagi diminum di hari panas
Ramadhan mari kita berpuasa
karena api neraka dijamin panas

Masuk universiti harus berkorban
rela belajar tinggalkan dolan
Ingin syurga harus berkorban
lapar dahaga di siang Ramadhan

Dara kucir terbang tinggi
Dara balap terbang kencang
Ramadhan datang sebentar lagi
Segala salahku mohon dimaafkan

Kalau merasa pintar sendiri

tak mau dengar nasihat kanan kiri
Ramadhan saatnya menilai diri
Jangan merasa diri teramat tinggi

Kalau hidup tanpa tujuan,
kalau nafsu jadi pedoman,
umur habis dalam pencarian,
kebahagiaan menjauh dari pandangan.
Puasa saatnya benahi tujuan,
untuk mengabdi pada Tuhan,
agar diri diliputi kebahagiaan,
hidup bermakna bagi sesama ciptaan