Sunday, September 19, 2010

Aidilfitri '2010

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya kepada semua. Maaf zahir & Batin...
Aidilfitri tahun ini, banyak kelainan berbanding tahun sebelum nie...
Macam2 yang telah terjadi sepanjang perayaan ini. Banyak perkara gembira berlaku.

Seperti biasa, raya pertama, mestila beraya bersama keluarga tercinta... Syukur, kami adik beradik berjaya untuk berkumpul bersama-sama. Memang seronok sangat. Hee..

Tema Family Kami Tahun ni Purple.


Raya tahun nie juga, banyak tempat kami melawat.., Raya kedua, aku dan sedara-mara telah pergi jalan2 di melaka. Meriah, Ramai pelawat disana... aku pon dah lama tak pergi kesana.. Seronok dapat berjalan dan bergambar disana.. hee..

Melawat Kota Melaka

Aktiviti biasa sepanjang tahun, melawat kerumah sanak saudara. Banyak rumah telah dilawati, tapi hanya dua pic dari dua buah rumah jer sempat saya upload.. hee. nie saat happening time raya.. Puas makan dan minum. Rasa, berat akan bertambah lagi... heee...


Beraya Bersama Saudara-mara.

Hari terahir beraya, aku sekeluarga telah membuat pengambaran photoshoot di Pullman Lake View Putrajaya. Seluruh ahli keluarga sama-sama ada bergembira.. Memang seronok sekali sekala meluangkan masa bersama. Lepas tu, kami pergi menjamu selera di restoran arab. "Restauran Saba" at cyberjaya.. 1 pinggann nasi kongsi 2 orang.. hahaa.. memang berbaloi.. huhuuu...

Photoshoot at Pullman Lake View.

Akhir kata, memang seronok berjalan raya. Mengeratkan silaturrahim bertambah bahagia. I love my family.. Ngee... =)

Saturday, August 28, 2010

PEMERGIAN SEORANG SAHABAT.

AL-FATIHAH...

Kepada, pembaca sekalian, seorang kawan saya telah pergi menghadap Yang Maha Pencipta pada Sabtu, 18 Ramadhan 1431H, jam 12 tgh hari... Kehilangan beliau amat dirasai oleh sahabat handai dan terutamanya Keluarga beliau. Lawatan terhadap keluarga beliau di sambut dengan linangan mata seorang ibu yang sebak dengan pemergian anak tersayang. Saya dan rakan2 yang bertemu dengan keluarga beliau banyak memberi kata semangat bagi membolehkan si Ibu tabah dan menerima ketentuan yang di gariskan oleh Ilahi. Setiap sesuatu yang diberi pasti akan diambil semula oleh-NYA. Diharapkan keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini. Insya'ALLAH...


Friday, August 27, 2010

KEMERDEKAAN


Apa itu PERJUANGAN?
Apa itu KEMENANGAN??
Apa itu PENAKLUKAN???
Apa itu PEMERINTAHAN????
APA ITU KEMERDEKAAN?????


Adakah kita benar2 memahami maksud kebebasan??? Bukan mudah utk menghayati dan merasai detik2 yang pernah dialalui oleh pejuang2 kemerdekan. Sejak dari tanah ini dijajah buat pertama kalinya.. Banyak mangsa yang tidak berdosa menjadi mangsa, banyak golongan yang kehilangan orang kesayanan mereka, ramai yang kerugian, ramai yang kehilangan maruah, ramai juga yang sanggup berpaling tadah. Ini semua adalah asam garam untuk mendapatkan sebuah "KEBEBASAN".. Namun apakah kita benar2 sudah bebas?? Renungkanlah generasi masakini yang semakin hanyut. Baik dengan perbuatan, pergaulan, penghidupan seharian, adakah kita dianggap bebas?? Dapatkah kita putuskan rantai yang mengikat kita tampa disedari??? Dapatkah kita larikan diri belenggu yang sudah sebati dalam kehidupan seharian kita??? Persoalannya, ADAKAH KITA MAMPU???

Gelisah Akan Sesuatu.

Entah, ape yang merungsingkan aku. Kadang kala aku rasa terkilan oleh sesuatu... walaupon bukan sesuatu yang serius, tapi ia cukup membuatkan hati ini terasa pedih... Sukar untuk memahami sesuatu yang jarang berlaku. Namun, aq masih terus berusaha, memperbaiki diri bagi menyesuaikan diri. Insya'Allah, semua akan baik seperti sedia kala. ^^;

Saturday, August 21, 2010

Pada-MU Kubersujud

Marilah kita sama-sama hayati lagu ini. Semoga kita sentiasa dipelihara. (^-^)




PadaMu Kubersujud

gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah

Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Reff:
Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud

Wednesday, August 18, 2010

KESEDIHAN DALAM RAMADHAN

Assalamualaikum...

Apa khabar, semoga anda dlm keadaan sihat sejahtera... Nitemare nk citer sikit pasal kejadian yg menimpa sahabat nitemare semasa sama2 belajar di PSIS dulu... Sekarang beliau dalam keadaan koma di Hospital Sg Buloh... Akibat dari dijangkiti virus yg masih lagi belum diketahui.. Doktor pon masih sukar untuk tentukan penyakit beliau. Nitemare melawat beliau minggu lepas, dan hampir bercucuran air mata nitemare melihat keadaan beliau. Ya ALLAH, Engkau ampunkanlah dosa-dosanya, dan ko pulihkanlah kesihatannya. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Mengetahui... Amin....

Sunday, August 15, 2010

Marilah Banyakkan Beribadah Sunat.

Sempena kita berada di bulan yg penuh dengan keistimewaan, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Insya'ALLAH, dengan izin dari-NYA, kita akan peroleh ketenangan jiwa, rohani dan jasmani. SubbahanALLAH.... (^-^) Marilah kita ikuti zikir d bawah ini.